Sunday 31 July 2011

Solat Istighatsah Untuk Bantuan Khas

Istighatsah adalah memanggil nama seseorang untuk meminta pertolongannya. Solat Istighatsah pula untuk menangkal kejahatan dan kezaliman manusia. Solat dan doa ini telah ditajrib oleh para ulama, kaum mukminin dan mukminin. Solat dan doa ini dikutip dari suatu kitab yang merupakan kumpulan Solat, doa dan zikir yang telah ditajrib, iaitu kita Mujarrabat Imamiyah.

Solat Istighatsah dan doa ini diajarkan oleh Imam Mahdi (‘aj) dalam suatu riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Sayyid yang mulia Ibnu Thawus dari Imam Mahdi (‘aj). Imam Al-Mahdi (‘aj) berkata:

“Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah swt, maka mandilah pada malam Jumaat sesudah tengah malam kemudian pergi ke tempat solat. Lakukan solat dua rakaat. Rakaat pertama, membaca surat Fatihah, dan ketika membaca Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (ulang 100 kali, kemudian sempurnakan bacaan Fatihah), kemudian membaca surat Al-Ikhlas (1 kali). Rakaat kedua: sama dengan rakaat yang pertama. Setiap ruku’ dan sujud membaca Tasbih (7 kali). Dan sesudah solat membaca doa berikut:


اَللَّهُمَّ اِنْ اَطَعْتُكَ فَالْمَحْمَدَةُ لَكَ، وَاِنْ عَصَيْتُكَ فَالْحُجَّةُ لَكَ، مِنْكَ الرَّوْحُ وَمِنْكَ الْفَرَجُ. سَبْحَانَ مَنْ اَنْعَمَ وَشَكَرَ، سَبْحَانَ مَنْ قَدَرَ وَغَفَرَ. اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتُ عَصَيْتُكَ فَاِنِّي قَدْ اَطَعْتُكَ فِي اَحَبِّ اْلأَشْيَآءِ اِلَيْكَ، وَهُوَ اْلإِيْمَانُ بِكَ، لَمْ اَتَّخِذْ لَكَ وَلَدًا، وَلَمْ اَدْعُ لَكَ شَرِيْكًا، مَنًّا مِنْكَ بِهِ عَلَيَّ لاَ مَنًّا عَلَيْكَ. وَقَدْ عَصَيْتُكَ يَااِلَهِي عَلَى غَيْرِ وَجْهِ الْمُكَابَرَةِ، وَلاَ الْخُرُوْجِ عَنْ عُبُوْدِيَّتِكَ، وَلاَ الْجُحُوْدِ لِرُبُوبِيَّتِكَ، وَلَكِنْ اَطَعْتُ هَوَايَ وَاَزَلَّنِي الشَّيْطَانُ، فَلَكَ الْحُجَّةُ عَلَيَّ وَالْبَيَانُ. فَإِنْ تُعَذِّبْنِي فَبِذُنُوبِي غَيْرَ ظَالِمٍ، وَإِنْ تَغْفِرْلِي وَتَرْحَمْنِي فَإِنَّكَ جَوَادٌ كَرِيْمٌ، يَا كَرِيْمُ يَا كَرِيْمُ


Ya Allah, jika aku mentaati-Mu maka segala puji bagi-Mu, jika aku bermaksiat pada-Mu maka hujjah bagi-Mu. Dari-Mu segala kedamaian, dan dari-Mu segala kebahagiaan. Maha Suci Pemberi nikmat dan Yang Meridhai, Maha Suci Yang Menentukan takdir dan Maha Pengampun. Ya Allah, ketika aku bermaksiat pada-Mu sebenarnya aku mentaati-Mu kerana aku mencintai sesuatu yang beriman kepada-Mu. Aku tidak mempercayai bahwa Engkau beranak, tidak menganggap Engkau punya sekutu. Semua karunia yang datang padaku itu dari-Mu, bukan kerana kemampuanku. Ya Ilahi, aku telah bermaksiat pada-Mu bukan kerana aku sombong, bukan kerana aku keluar dari ubudiyah-Mu, dan bukan kerana aku menentang rububiyah-Mu, tetapi kerana aku patuh pada hawa nafsuku dan setan menggelincirkanku, sehingga hujah dan ketentuan-Mu berlaku padaku. Jika Engkau seksa daku, itu kerana dosa-dosaku, bukan Engkau yang zalim. Jika Engkau ampuni daku dan Kau sayangi daku, maka sesungguhnya Engkau Maha Dermawan dan Maha Mulia, ya Karim ya Karim.

(Kalimat ya Karim diulang-ulang dengan tidak bernafas dan semampu nafas Anda). Kemudian bacalah doa berikut:

يَاآمِنًا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ، أَسْئَلُكَ بِأَمْنِكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ، وَخَوْفٍ كُلُّ شَيْءٍ مِنْكَ، وَكُلُّ شَيْءٍ مِنْكَ خَآئِفٌ حَذِرٌ، اَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَاَنْ تُعْطِيَنِي آمَانًا لِنَفْسِي وَأَهْلِي وَوَلَدِي وَسَآئِرِ مَااَنْعَمْتَ بِهِ عَلَيَّ حَتَّى لاَأَخَافَ اَحَدًا، وَلاَ اَحْذَرَ مِنْ شَيْءٍ اَبَدًا، اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، يَا كَافِيَ اِبْرَاهِيْمَ نَمْرُوْدَ وَيَا كَافِيَ مُوسَى فِرْعَوْنَ وَيَا كَافِيَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ اْلأَحْزَابَ، اَسْئَلُكَ اَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَاَنْ تَكْفِيَنِي شَرَّ (فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ


Wahai Pemberi keamanan dari segala sesuatu, aku memohon pengamanan-Mu dari segala sesuatu dan segala yang menakutkan, kerana segala yang menakutkan itu takut kepada-Mu. Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan kurniakan padaku keamanan untuk diriku, keluargaku, anakku, dan seluruh kenikmatan yang telah dikurniakan padaku. Sehingga aku tidak takut kepada siapapun, dan tidak khawatir terhadap sesuatu apa pun selamanya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Wahai Yang Memberi pertolongan kepada Ibrahim terhadap Namrud, wahai Yang Memberi pertolongan kepada Musa terhadap Fir’un, wahai Yang Memberi pertolongan kepada Muhammad terhadap semua lawan pasukannya, aku memohon kepada-Mu sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan bantulah aku terhadap keburukan Fulan bin Fulan.

Dengan solat dan doa ini, Allah akan segera memberi pertolongan terhadap orang yang ditakutkan keburukannya, insya Allah. Kemudian sujudlah dan mohonlah hajatmu. Rendahkan dirimu di hadapan Allah, sesungguhnya tidak ada seorang pun mukmin dan mukminah yang melakukan Solat dan doa ini secara tulus-ikhlas, kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit untuk di ijabah. Permohonannya akan di ijabah di saatnya dan malamnya sebagai karunia Allah untuk kami dan manusia.” (Mujarrabat Imamiyah: 130)

No comments:

Post a Comment